
RAHSIA MENJEMPUT REZEKI DENGAN AMALAN KEROHANIAN
Apa itu rezeki? Persoalan yang bermain dalam minda anda, saya terangkan dulu apakah itu rezeki. Maksud rezeki adalah luas, maknanya terbahagi kepada banyak cabang. Ia bukan tertakluk kepada duit sahaja. Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberikan atau dikurniakan”.
Allah, Yang Maha Pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih. Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah. Rezeki Sudah Ditetapkan Rezeki anda telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi.
TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN MENGENAI REZEKI
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:
“Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.Demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya. Maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis ini terbuktilah yang rezeki untuk setiap makhluk Allah itu ada, terutamanya manusia yang telah ditetapkan sejak di dalam perut ibu kita lagi.
TAHUKAH ANDA ALLAH MEMBERIKAN KITA REZEKI DENGAN 4 CARA MENURUT AL-QURAN
Semua orang tahu rezeki yang Allah berikan tidak terhad kepada harta benda sahaja malah termasuklah kesihatan, kebahagiaan dan jiwa yang tenang. Anda selalu fikirkan tentang rezeki yang kurang atau sempit, sentiasa ada masalah seperti kewangan, kesihatan, kebahagiaan atau sebagainya, kami ingin kongsikan anda 4 cara Allah memberikan rezeki kepada kita
1: Rezeki yang dijamin oleh Allah
“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak diatas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.” (QS. Hud: 6)
Ertinya Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Setiap makhluk di dunia ini Allah telah jamin rezekinya sama ada sikit atau banyak kita hendaklah bersyukur.
2: Rezeki Hasil Dari Usaha yang dilakukan
“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (Surah An-Najm:39)
Ini menunjukkan Allah akan memberikan rezeki dengan usaha yang telah makhluknya lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak kira sama ada orang Islam atau tidak. Maka berusahalah untuk anda mendapat rezeki lebih yang Allah janjikan.
3: Rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”(Surah Ibrahim:7)
Rezeki ini Allah berikan kepada umatnya yang di sayanginya iaitu orang-orang yang bersyukur dan dapat merasakan kasih sayangNya. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usahanya akan sangat berjaya kerana Allah pasti akan memberikanya lebih banyak Rezeki.
4: Rezeki yang tidak di sangka-sangka
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (Surah At-Thalaaq: 2 -3)
Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya. Tidak semua orang akan mendapat rezeki ini dengan mudah anda perlu banyakkan amalan dan bertakwa kepada Allah serta banyak berdoa untuk mendapatkannya.
Kami pasti 4 cara Allah berikan salah satunya pasti anda pernah rasakan betul tak?
Namun pelbagai cara juga kita lakukan untuk mengubah nasib kita. Kita perlu ingat terdapat 2 ikhtiar yang kita tidak pernah lupa iaitu, ikhtiar Bumi dan Ikhtiar Langit.
Sebenarnya kita tidak perlu risau dengan rezeki kerana rezeki untuk setiap seorang dari kita telah ditetapkan.
Kami pasti ramai di antara anda mahukan cara ke 4 untuk mendapatkan rezeki iaitu rezeki yang tidak disangka-sangka.
Tapi bagaimana?
Pernah terjadi pada anda?
Nak tahu rahsia bagaimana nak dapatkan rezeki yang tidak di sangka-sangka ini?
ANDA NAK TAHU RAHSIANYA?
Anda di jemput untuk bersama Ustaz Hj. Shahrin Abd. Rahman belajar secara online Rezeki Kun Fayakun.
REZEKI KUN FAYAKUN
Sesiapa yang memiliki masalah, siapa yang memiliki keinginan yang belum terkabul, mempunyai cita cita yang masih belum kesampaian, inilah masanya anda harus CELIK MATA anda bahawa menghilangkan segala masalah kehidupan kita adalah satu perkara yang amat mudah. ….kerana Allah memang sudah menunjukkan jalan -jalannya. Inilah yang dikatakan REZEKI KUN FAYAKUN.
Lalu Keajaiban apa yang akan anda carikan selain dari 6 JURUS SAKTI KUN FAYAKUN yang akan saya kongsikan kepada anda yang mana kaedah tersebut akan menghantar diri anda agar tidak mudah goyah dan berputus asa ketika menghadapi berbagai jenis kesulitan.
dengan 6 JURUS SAKTI KUN FAYAKUN segala masalah anda dalam kehidupan dan bukan hanya KEREZEKIAN yang sempit akan meninggalkan anda … 6 JURUS SAKTI ini akan diajarkan kepada anda secara lengkap. Jika anda melakukannya dengan SEMPURNA setiap hari…anda akan dapat melihat hasilnya dengan segera….
JANGAN GARU KEPALA ANDA UNTUK MELENYAPKAN MASALAH KEHIDUPAN…Kini anda tidak perlu lagi utk takut kerana dikejar along, tidak perlu menangis kerana rumahtangga hancur, tidak perlu bersedih kerana anak dibuang sekolah, tidak perlu bimbang kerana rumah hendak di lelong sekiranya anda tahu RAHSIA 6 JURUS SAKTI KUN FAYAKUN.
INI JAMINAN KAMI KEPADA ANDA YANG SERTAI
- 100% ILMU DAN AMALAN PRAKTIKAL
- BIMBINGAN PENUH SELEPAS TAMAT BENGKEL
- DIJAMIN 100% BUKAN KUASA MINDA
- DIJAMIN 100% BEBAS DARI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
- DIJAMIN 100% SEMUA AMALAN YANG DI IJAZAHKAN BERPANDUKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
- DIJAMIN 100% ILMU KEROHANIAN DAN RAWATAN ISLAM
Comments
Post a Comment